Mencorak kan hidup seperti mana yang kita ingin kan , bukan mudah dan bukan senang . Lebih lagi bila kita dah terjatuh dan ingin merencana kehidupan yang baru , tidak mudah untuk kita kembali seperti dahulu.. mungkin benar kita mampu bangun dan bangkit walaupun payah . tapi untuk menjadi secantik dan seindah dahulu.. itu adalah perkara yang mustahil dan tak akan mungkin terjadi . Keindahan hidup yang kita kecapi suatu ketika dahulu hanya Allah sahaja yang tahu . Siang malam kita berdoa agar hidup kita kembali seperti dahulu. Kita berjaya tapi sampai suatu saat, baru kita sedar, hidup kita tidak sama seperti dahulu .
Aku gagah menghadapi segala pahit getir ujian . Segala pahit manis kehidupan . Aku cuba mencorak kan kembali kehidupan yang aku penah kecapi suatu ketika dahulu . Ianya setahun dan aku berjaya . Tapi Allah itu maha besar . Maha Berkuasa . Kejayaan aku di uji lagi . Rupanya tembok2 yang aku bina untuk kejayaan aku , tidak sekukuh yang aku sangka . Manusia itu kembali dalam kehidupan aku kembali . Manusia yang pernah meragut kehidupan aku , kembali untuk meragut kehidupan ku buat kali kedua . dan dia berjaya . Orang di sekeliling nya , ketawa menggila . Dalam hati Hanya Allah yang tahu . Saat diri di pulaukan . Saat diri di perli . Hanya Allah yang tahu .
Bila hati parah cuba di ubati , ianya terlalu payah . Kemudian hati yang parah ini kembali di lukai , ianya tidak mampu di ubati . Hinggakan terkeluar segala sisa di dalam hati . Setahun menahan segala seksa . Setahun memendam segala air mata . Akhirnya terhurai segalanya . Akhirnya hati ini membuak-buak melafazkan apa yang selama ini tersimpan . Setahun bukan . Orang kata dah cukup lama . tapi bagi aku sekejap. Terima kasih kepada mereka yang mention nama dia dalam hidup aku . Terima kasih kepada mereka yang setia mengata tentang aku walaupun aku tak pernah mengata tentang engkau. Terima kasih kepada mereka yang bersorak riang di atas tangisan aku walhal aku tak pernah sekali bersorak bila kau di uji :')
Awak..saya tanak mention nama awak. Dah hampir setahun awak berlalu pergi dalam hidup saya kan . Tolong lah pergi. Jangan ganggu hidup saya lagi . Tolong lah pergi jangan kembali dalam hidup saya lagi . Tolong lah pergi bahagia dengan dia di sisi . Tolong lah awak . Tolong . Biarkan saya bahagia. Jangan cari saya lagi . Sakit awak . Sakit sangat2 . Saya tak pernah kacau hak orang awak . Tapi orang kacau hak saya . Kenapa perlu cakap saya perampas . Kenapa perlu kata saya sumpah dia jatuh bagai . Kenapa perlu layan saya seperti manusia yang buta hati dan perasaan . Kenapa perlu buat saya macam tu ? Dah hampir setahun awak . Kenapa masih ada dendam dalam hati mereka ? walhal sorang pon saya tak cari selama setahun saya berdiam diri . :') terima kasih awak . Cukup kalau awak tahu saya masih sayangkan awak lagi . dan masih ingat segalanya ... bagaimana diri ini di maki . Maruah ini di permainkan . Diri ini di di permainkan dan hati ini hancur di rosak kan .. terima kasih awak.. :')
nota buat diri : Aku mencari kebahagiaan.. Saat ia datang dan aku cuba menggapai.. ada seseorang yang akan menggapainya terlebih dahulu dan membawa ianya jauh daripada aku . Allah menguji. Kita hamba-Nya hanya mampu redha dan pasrah . Sabar atyn . Sabar . Akan ada kebahagiaan dan mampu kau capai suatu hari nanti :')
wif lot of ♥

Friday, May 11
Bukan mudah dan Bukan senang
IDEA MENCURAH Fatin Ramlan PADA 5/11/2012 03:28:00 AM 0 SEDANG BERKATA
Subscribe to:
Posts (Atom)







